Antara Tanggungjawab Dengan Sikap
Lepas cuti selama 2 minggu tibalah masanya untuk kami sebagai mahasiswa pendidik kembali ke kampus masing-masing untuk meneruskan baki semester yang masih ada. Rutin bagi aku, setiap kali kembali ke kampus wajib untuk menaiki dua kali penerbangan atau menaiki bas ke Kota Kinabalu selama 5 hingga 8 jam lamanya barulah menaiki penerbangan ke Kota Bharu. Tapi kali ini aku memilih untuk menaiki dua kali penerbangan. Jimat masa, tetapi hangus duit poket. Penerbangan aku tadi telah dihantar oleh keluarga tercinta. Sejurus sampai saja di lapangan terbang aku pun bersalam-salaman dengan mereka sambil berkata, “Jumpa lagi dua minggu akan datang” memandangkan lebih kurang dua minggu lagi tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Usai saja aku bersalam-salaman bersama keluarga, aku pun masuk ke dalam lapangan terbang untuk menaiki pesawat yang akan menerbangkan aku ke destinasi ya...