Itulah Realitinya
Kalau ditanya mengenai sistem pendidikan negara
kita, aku bukanlah orang yang pakar. Jauh sekali untuk menunjuk pandai untuk mengulas
tentang sistem pendidikan yang sedia ada sekarang. Tetapi aku tertarik dengan
ulasan oleh Oo Kok Hin dalam bukunya Aku Kafir, Kau siapa? (Jangan Jawab). Dia
memilih perkataan ‘messy’ untuk menggambarkan sistem pendidikan negara kita.
Kerana apa?
Semua
orang tahu, bermula dari awal persekolahan lagi, corak pendidikan di negara ini
bagaimana. Ada yang masuk tadika, ada yang tidak. Jenis sekolah pula ada Sekolah
Rendah Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan. Ada juga Sekolah Rendah dan Menengah
Jenis Kebangsaan. Kenapa perlu wujud Sekolah Jenis Kebangsaan? Itu yang orang
ramai nampak untuk dipertikaikan. Tetapi tak ramai yang tahu sebenarnya Sekolah
MRSM, SBP, MRSM, Sekolah Agama, dan Chinese Independent High School juga
memisahkan anak-anak kita untuk bersatu.
Itulah
realitinya. Kalau di peringkat pendidikan tinggi pula, wujudnya Uitm yang hanya
untuk bumiputera sahaja. Itulah yang menjadikan kedudukan orang melayu sebagai
istimewa. Mungkin? Sebenarnya apa yang kita mahukan adalah kanak-kanak di
Malaysia dapat menikmati sistem pendidikan di sekolah yang sama, situasi
dan kualiti pembelajaran yang sama.
Tetapi itulah masalahnya.
Sejak
kecil lagi kanak-kanak dipisahkan. Mereka tidak bergaul sesama mereka. Apabila
ditanya kenapa sekolah vernakular perlu wujud, masing-masing mengulas isu yang
menjadi point utama dengan
bersemangat sekali. Masing-masing tidak mahu mengalah. Untuk menutup semula
kepincangan itu, ada pula suara-suara halus yang membisikkan “mereka akan
bersatu di universiti nanti. Tetapi, realitinya? Bagaimana? Toleh kiri dan
kanan, nilai sendiri.
Aku
tidak menyokong sekolah satu aliran, tidak pula membangkang sekolah satu
aliran. Mungkin aku masih perlu belajar mengenai sejarah. Tetapi apa yang
pasti, orang yang gigih menyokong sekolah satu aliran akan menarik balik
sokongannya selepas dia betul-betul faham apa sebenarnya maksud ‘sekolah satu
aliran.’ Ini yang diulaskan oleh Oo Kok Hin. Betul juga apa yang dia kata.
Kalau
kita pula bagaimana? Apa yang kita faham mengenai ‘sekolah satu aliran’? Apa
yang kita fikirkan, untuk menjadikan sekolah satu aliran sebagai reality adalah
dengan menghapuskan sekolah vernakular. Tetapi apabila dipertikaikan mengenai
SBP dan MRSM, adakah kita sanggup untuk korbankan sekolah ini juga? mungkin ya,
mungkin tidak!
Dia
ada juga menceritakan bahawa bukan semua kaum Cina dan India itu pandai dan
kaya. Ada juga yang kurang bernasib baik. Ada juga yang tidak mendapat
keputusan yang cemerlang. Lalu, ke mana mereka akan di campak dalam peringkat
pendidikan tinggi? Bagi yang kurang bernasib baik, sememangnya kurang
berkemampuan untuk masuk ke kolej-kolej swasta. Jauh sekali pula untuk memohon
masuk ke Kolej Matrikulasi.
Ya,
mungkin di tingkatan 6 yang mereka layak. Mereka perlu jalani kehidupan dalam
dunia pendidikan di peringkat itu. Atau, terpaksa meminjam duit untuk masuk ke
kolej atau universiti swasta. Sedangkan, mereka juga sebenarnya modal insan
kepada negara. Untuk menjadikan sekolah satu aliran yang sering kali
dibahaskan, mungkin perlu difikirkan semula. Sampai bila? Tepuk dada, tanya
diri sendiri.
Comments
Post a Comment