Kenapa Perlu Baca Buku?
Tajuk kali ni berbeza sedikit. Terdetik pula tangan
untuk menaip laju pada keyboard untuk
menjawab seoalan seorang sahabat. Apabila dia melihat aku banyak menghabiskan
masa dengan buku. Soalannya; kenapa perlu baca buku? Baiklah, jawapan ini
bukanlah jawapan yang betul-betul menepati kehendak dia. Tetapi jawapan ini
berdasarkan pendapat peribadi aku saja.
Kalau kita ditanya kenapa tak pernah baca buku?
Bermacam-macam alasan yang kita berikan sebagai helah bela diri. Mungkin ada
yang katakan selalu sibuk dengan tugasan. Ada juga yang berikan alasan tidak
minat. Lebih-lebih lagi buku jenis novel. Ramai yang lebih gemar untuk menonton
novel yang difilemkan saja. Ada pula yang mengatakan bahawa baca buku boleh
buat kita mengantuk. Baca pada perenggan pertama pun mata sudah layu! Tidak
mustahil ada yang jadikan hobi membaca sebelum tidur untuk menjemput rasa
mengantuk.
Cuba
tanya diri kita masing-masing. Dalam sebulan, berapa banyak buku yang kita
dapat hadam? Jangankan sebulan. Dalam tempoh setahun, berapa banyak buah buku
yang dapat kita baca? Tiada langsung? Memang benarlah. Purata orang kita
apabila dikira-kira hanya dapat hadam sebanyak 3 buah buku dalam tempoh masa
setahun. Begitulah fonemena sekarang yang perlu kita tahu.
Baca
buku ni, apa yang kita dapat? Apa istimewanya jadi ulat buku? Tidak. Tidak
perlu untuk jadi ulat buku. Semua orang tahu, dengan membaca buku kita boleh
dapat ilmu sama ada ilmu itu sudah sedia ada dalam pengetahuan kita atau ia
adalah ilmu yang baharu. Bagi yang masih mengejar impian di menara gading,
sudah tentu tujuan baca buku adalah
untuk dapatkan ilmu. Tetapi bagi yang menjadikan baca buku ini sebagai hobi
mereka berpendapat bahawa hobi sebegini dapat membuka minda.
Tidak
kiralah jenis buku apa sekali pun. Yang penting adalah kita tahu untuk dapatkan
pengajaran dan nilai-nilai yang bermanfaat buat diri kita. Ilmu itu luas.
Bermacam-macam cara boleh disampaikan kepada kita. Lalu, dengan cara menulislah
si penulis dapat kongsikan ilmu yang mereka ada. Kita harus faham dengan
teliti. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis. Mungkin pengalaman
mereka lebih luas. Pengalaman itulah yang dijadikan pengajaran dan dikongsikan
kepada kita.
Perlu
untuk kita keluarkan duit? Tidak perlu. Bermacam-macam cara yang boleh kita
lakukan untuk mendapatkan buku. Sama ada pinjam daripada kawan. Mungkin kita
ada kawan yang gemar untuk membeli buku. Setelah habis dia hadam, dia akan
simpan. Jangan biarkan buku yang dia simpan tersebut berhabuk. Kita boleh
pinjam. Kalau kawan pun jenis malas baca buku? Perpustakaan ada. Dari situ juga
kita boleh pinjam. Cuma, antara malas dengan rajin saja.
Mungkin
kita ada kawan yang jenis apabila masuk ke kedai buku terus jadi pening.
Berbeza dengan ulat buku. Apabila masuk sahaja ke kedai buku tempat itulah
taman bagi mereka. Taman itulah yang buat mereka bahagia. Dua jam berada di
dalam kedai tersebut menjadi perkara biasa. Lebih-lebih lagi jika berpeluang
untuk menghidu bau buku baharu. Wah! Nikmat yang tidak semua orang dapat.
Masa
bila yang sesuai untuk luangkan masa bersama hobi ini? Tak mungkin ini pun tak
tahu? Masing-masing tahu jadual harian bagaimana. Bergantung kepada keselesaan
masing-masing juga. Mungkin masih ada yang rasa malu. Pedulikan rasa itu.
Jangan jadikan ia alasan semata-mata. Didik diri untuk bermula pada hari ini.
Selamat membaca!
Comments
Post a Comment