Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks Sekolah Rendah

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana itu, perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di negara ini. Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya. Perkara asas dalam negara ini adalah persefahaman antara satu sama lain. Maka, dengan itu perkhidmatan ini sangat releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya yang dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu sendiri.  Melihat kepada kenyataan yang dinyatakan oleh sesetengah pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang sesuai untuk kelancaran kaunseling silang budaya, oleh itu, ia lebih tertumpu kepada keterbukaan pelbagai teknik yang sesuai dengan budaya yang ada.

            Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan perkahwinan campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan teliti supaya kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh mennjejaskan padangan budaya klien.

            Disebalik keunikan  ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi yang berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Namun, terdapat pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang standard dapat memudahkan sesi supaya berlangsung dengan lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam memahami setiap dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ini dan memahami budayanya sekali.

            Selain itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai dan pegangan sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada klien. Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.

            Dalam mengwujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini, telah banyak sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat umum dan perkhidmatan ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan  seorang kaunselor adalah sangat penting. Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu, kelompok, keluarga dan lain-lain.

            Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling silang budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat menjalankan sesi silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, dapat kita lihat bahawa Malaysia masih lagi belum mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang budaya ini. Tidak banyak kajian berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan ini masih berlum berkembang sepenuhnya dan diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi peneraju dalam penyelidikan kaunseling silang budaya.

            Kesimpulannya, tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan oleh pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya. Banyak cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi dan menjadikan sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang budaya ini sangat signifikan dan relevan dijalankan di Malaysia.

Kaunseling Silang Budaya Relevan dalam Konteks Sekolah Rendah

Dalam era globalisasi masa kini, dapatlah kita lihat bahawa di negara ini telah banyak menganjurkan pelbagai program bagi mengukuhkan perpaduan yang telah lama terjalin sejak zaman sebelum pemerintahan penjajah lagi. Setelah kemasukan penjajah asing ke negara ini telah tercetusnya sedikit kepincangan dalam perpaduan kaum di Malaysia. Melihat kepada konteks sekolah iaitu sekolah rendah yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, keperluan kaunseling silang budaya adalah sangat relevan untuk dilaksanakan. Hal ini adalah kerana perpaduan yang ingin dikecapi seharusnya dimulakan daripada usia kanak-kanak lagi bak kata peribahasa ‘meluntur buluh biarlah dari rebung’. 

Setiap kumpulan atau kaum yang berbeza mempunyai identiti atau cara yang unik dan tersendiri terutama dalam pembentukan kumpulan mengikut budaya, agama, kaum, dan etnik masing-masing yang dipegang. Oleh hal yang demikian, kaunseling silang budaya adalah sangat relevan dalam konteks sekolah rendah kerana pada masa itulah bermulanya kanak-kanak mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kewujudan kaum dan agama lain yang dianutinya. Oleh itu, kepentingan seseorang kaunselor dalam memilih atau mengembangkan teori, teknik dan kaedah dalam memahami setiap budaya adalah perlu bagi memastikan limitasi dalam sesi di sekolah tidak berlaku. Dalam pada itu, satu teknik atau teori yang universal dan boleh diguna pakai oleh semua kaunselor di sekolah adalah perlu dalam mengendalikan kes silang budaya kepada murid-murid di sekolah hari ini yang wujud dengan kepelbagaian yang ada dalam diri setiap individu itu sendiri.

            Sistem universal ini telah lama dikenali iaitu teori pemusatan perorangan yang dipelopori oleh Carl Rogers. Teori ini pada mulanya telah dikenali sebagai teori pemusatan insan dan seterusnya berkembang sehinggalah dikenali sebagai teori pemusatan perorangan. Antara elemen penting yang digariskan ialah tentang menghormati klien. Ianya mengambil kira mempercayai klien mampu mengubah dirinya dengan mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan olehnya sendiri adalah benar. Dalam Melati Sumari et. al (2014) menyatakan bahawa Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia yang bersifat baik, boleh dipercayai, mempunyai keupayaan dalam menentukan hala tuju yang baik dan boleh berkembang secara positif ke arah mencapai pembenaran kendiri (self-actualization).  Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi sepenuhnya, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang bebas, dia akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan Berjaya (Choong Lean Keow, 2010). Oleh hal yang demikian, dengan mengaplikasikan teori ini maka relevanlah konteks kaunseling silang budaya jika seseorang kaunselor memberi kepercayaan kepada setiap kliennya iaitu murid-murid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama untuk terus berkembang ke arah konsep kendiri.

            Seterusnya, elemen penting yang digariskan ialah keikhlasan dimana seorang kaunselor di sekolah bertindak dalam perhubungan yang sebenar dan bukannya menjadi seorang yang mengetahui semua perkara sebaliknya menjadi diri sendiri yang lebih ditekankan dalam membantu klien yang berfokus kepada silang budaya. Dengan erti kata lain, seorang kaunselor di sekolah yang mempunyai klien pelbagai kaum dan agama seharusnya menjadi kongruen. Kaunselor yang kongruen bermaksud kaunselor yang tidak berpura-pura semasa proses kaunseling dijalankan. Ketulenan yang ada pada seseorang kaunselor dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang terapeutik. Jika sifat ketulenan atau kongruen wujud dalam diri seorang kaunselor yang mengendalikan klien daripada pelbagai budaya, maka klien-klien koaunselor berkenaan akan dapat merasakan diri mereka begitu dihargai walaupun berbeza kaum dan agama.

            Perasaan empati juga merupakan modal utama dalam teori ini dengan menunjukkan perasaan empati sahaja yang dapat membuatkan seseorang kaunselor itu memasuki dunia kliennya dan mula meneroka isu sebenar klien dengan lebih terbuka. Sekiranya perasaan empati ini tiada, klien akan mula menutup perasaannya untuk dikongsikan dan proses penerokoaan akan sukar dijalankan. Hal ini akan menyebabkan seseorang kaunselor akan mengalami kesukaran apabila berhadapan dengan klien yang berbeza kaum dan agama kepadanya. Langkah berhati-hati atau berjaga-jaga harus sentiasa diberi perhatian oleh seseorang kaunselor yang menerima klien daripada pelbagai kaum dan budaya di sekolah. Oleh hal yang demikian, dengan menggunakan dan mengaplikasikan teori ini maka sangat relevan konsep kaunseling silang budaya dalam konteks sekolah rendah pada masa kini.

            Dalam pada itu, komunikasi yang berkesan juga adalah amat dititikberatkan semasa menjalani sesi kaunseling. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2000) menyatakan bahawa fungsi komunikasi manusia ialah menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia. Manusia ialah ‘haiwan’ yang berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan sahabat, pasangan, anak-anak dan kaum keluarga. Dengan cara berkomunikasi manusia dapat menjalinkan hubungan persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan dan bermasyarakat. Hal ini telah nyata menjelaskan bahawa untuk seseorang kaunselor seharusnya mempunyai atau mewujudkan hubungan sebelum komunikasi yang lebih mesra dijalankan lebih-lebih lagi dalam konteks komunikasi silang budaya. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya jika seseorang kaunselor tidak menguasai konsep kaunseling silang budaya. Oleh hal yang demikian, seseorang kaunselor perlu memastikan bahawa dia telah siap sedia untuk menerima klien dan bersedia dengan komunikasi yang dipertuturkan untuk memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam menjalani sesi kaunseling silang budaya. Klien dengan sendirinya akan menilai dirinya sekiranya kualiti kaunselor dalam menghormati dan penerimaan tanpa syarat serta memahami klien dari sudut perspektifnya sendiri akan membantu klien berkembang dengan sendirinya. Begitulah unik nya teori yang dikemukakan oleh Carl Rogers.

            Satu lagi yang difikirkan penting adalah pengstukturan dalam sesi kaunseling dimana klien yang datang dari kaum dan agama yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan cara mengingatkan peranan yang bakal dimainkannya akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses ini membantu klien daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih fokus kepada isu yang akan dibincangkan dan ia akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan bersistematik.

            Kaunseling silang budaya juga adalah sangat relevan dalam konteks sekolah rendah kerana pada ketika itulah kanak-kanak di sekolah dibimbing untuk menerima kaum dan agama lain agar tidak berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini. Tidak hairanlah jika media massa melaporkan bahawa rusuhan kaum bermulanya daripada sekolah rendah lagi kerana pelbagai cara rusuhan berkenaan boleh berlaku di peringkat kanak-kanak lagi. Perkara yang dibimbangkan ialah apabila berlaku rusuhan kaum di sekolah rendah, ia akan melunar kepada ibu bapa dan seterusnya kepada masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita yang masih aman dan tenteram akan menjadi kacau-bilau. Oleh itu, peranan seorang kaunselor amat ditagih untuk melahirkan satu budaya yang boleh diamalkan oleh semua murid-murid di sekolah walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

            Satu teori yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor dalam melahirkan murid yang berfikiran terbuka dan sentiasa menerima kaum dan agama orang lain ialah teori gestalt di dalam aliran humanistik. Teori ini telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi yang bernama Frederick Pelrs atau dikenali sebagai Fritz Pelrs (1893-1970). Perkataan Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud sempurna, atau satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagian lain. Dalam bahasa lebih mudah, manusia perlu difahami secara menyeluruh dan bukan aspek-aspek tertentu sahaja. Jika tdak, pemahaman tentang manusia itu menjadi tidak tepat.

            Hubungan seseorang klien atau murid dengan persektiaran yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mungkin sedikit sebanyak melibatkan mereka terhadap gangguan boundaries. Kesukaran menerima kepercayaan, adat resam dan budaya orang lain menyebabkan mereka menjauhkan diri dan mengasingkan diri daripada kesemua perkara tersebut lalu beranggapan dengan menjauhkan diri dan mengasingkan diri mereka dapat memelihara diri mereka sendiri.

            Kepakaran seseorang kaunselor amatlah ditagih bagi membentuk atau membantu klien menjadi celik akal atau arif diri dalam menerima diri mereka sendiri dan orang lain serta alam persekitarannya. Dalam teori gestalt terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan dalam sesi kaunseling di sekolah rendah. Melihat kepada konsep kaunseling silang budaya yang kini relevan di sekolah rendah, teknik yang sesuai digunakan dalam teori gestalt ialah teknik ekperimen. Eksperimen dalam gestalt terdiri dalam pelbagai bentuk seperti lakonan, kerusi kosong, kerja rumah atau aktiviti yang perlu disiapkan diantara dua sesi. Bentuk yang sesuai untuk digunakan kepada klien silang budaya ialah kerusi kosong yang melibatkan dua kerusi. Kedua-dua kerusi ini  mewakili perasaan positif dan negatif yang dirasai klien. Ia bertujuan melahirkan konflik dalaman klien (Melati Sumari et al, 2014).

            Untuk mengaplikasikannya kepada klien silang budaya bagi membantu klien tersebut mencapai celik akal agar menerima diri sendiri dan bduaya orang lain, kaunselor boleh mengarahkan klien untuk duduk di kerusi positif bagi menyatakan perasaan positifnya terhadap kaum dan agama orang lain. Seterusnya, kaunselor mengarahkan supaya klien duduk di kerusi negative dan meluahkan perasaan negatifnya terhadap kaum dan agama lain. Akhir sekali, kaunselor akan membantu klien tersebut untuk mencapai celik akan atau arif diri berpandukan kepada teknik ekperimen tadi. Setelah klien mencapai celik akal, maka klien tersebut akan boleh menerima diri sendiri dan kaum dan agama orang lain. Oleh hal yang demikian, dapatlah kita lihat bahawa konsep kaunseling silang budaya dalam konteks sekolah rendah adalah sangat relevan pada masa kini.


            Kesimpulannya, tiada satu pun teori atau teknik khusus yang boleh digunapakai secara kekal kepada mana-mana kelompok kaunseling yang berbeza dan datang dari pelbagai budaya. Hal ini juga adalah kerana gabungan teori dan kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang ada dalam diri setiap klien. Oleh hal yang demikian, peranan kaunselor sendiri yang amat penting untuk menjadi lebih proaktif dalam mengendalikan murid-murid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama memandangkan konsep kaunseling silang budaya kini dilihat relevan di sekolah rendah. 

Rujukan

Abdul Halim Othman, Md. Shuaib Che Din & Sapora Sipon. (2008). Latihan Kaunseling di Malaysia : Satu Ulasan dan Cadangan. PERKAMA , 141-144.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Zhidi Omar et. al. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Jamilah Binti Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody. (2011). Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Analisis. Action Research , 47-49.

Melati Sumari et. al. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Zaid Kosnon et. al. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Shafina Mohamad. (2012, November 17). Kaunseling Silang Budaya. Retrieved Mac 25, 2015, from Biar Mimpi Sampai Ke Bintang: http://shafinakamarul4644.blogspot.com/2012/11/kaunseling-kerjaya-silang-budaya.html

Ting Len Siong. (2012). Budaya dan Pembelajaran Untuk Bakal Guru. Kelantan: PTS Professional & Publishing Sdn Bhd.


Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Teknik Ucapan Yang Berkesan