Posts

Look Like Busy!

“Fuhhh!”                                Ayat klise, “Berhabuk betul blog ni, boleh tanam jagung!”                         Sebenarnya, masih tak percaya sejak tahun 2013 lagi duduk di negeri orang menuntu ilmu. Dah masuk tahun ke lima tahun ni. Cepat-cepat periksa diri, apa yang aku dapat? Apa yang aku belajar? Pengalaman manis yang bagaimana aku kenangkan? Pengalaman pahit yang bagaimana tak boleh dilupakan? Lima tahun, bukan sekejap. Tapi orang kata, “pejam dan celik, tak sedar pun masa berlalu.”                            Kalaulah begitu. Indahnya dunia!                           Duduk sini, apa yang istimewanya? ...

Antara Tanggungjawab Dengan Sikap

Lepas cuti selama 2 minggu tibalah masanya untuk kami sebagai mahasiswa pendidik kembali ke kampus masing-masing untuk meneruskan baki semester yang masih ada. Rutin bagi aku, setiap kali kembali ke kampus wajib untuk menaiki dua kali penerbangan atau menaiki bas ke Kota Kinabalu selama 5 hingga 8 jam lamanya barulah menaiki penerbangan ke Kota Bharu. Tapi kali ini aku memilih untuk menaiki dua kali penerbangan. Jimat masa, tetapi hangus duit poket.             Penerbangan aku tadi telah dihantar oleh keluarga tercinta. Sejurus sampai saja di lapangan terbang aku pun bersalam-salaman dengan mereka sambil berkata, “Jumpa lagi dua minggu akan datang” memandangkan lebih kurang dua minggu lagi tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Usai saja aku bersalam-salaman bersama keluarga, aku pun masuk ke dalam lapangan terbang untuk menaiki pesawat yang akan menerbangkan aku ke destinasi ya...

Kertas Kosong

Kertas Kosong Sementara menanti kelas yang seterusnya, aku keluarkan sebatang pen dan kertas kosong. Sebenarnya aku pun tidak pasti apa yang hendak aku tulis. Meleret fikiranku memikirkan apa yang perlu aku conteng atas kertas itu. Aku menongkat dagu. Timbul rasa malas. Pen aku letakkan kembali di atas meja. Aku terfikir seketika. Betulkah dunia ni boleh buat kita terbang melayang-layang? Mampu buat kita hilang dan lupa diri? Terbang ke sana dan ke sini. Mampu buat kita angau? Mampu buat kita khayal seketika? “Mungkin”. Itu jawapan yang selamat! Kadang-kadang aku masih terfikir tentang jawapan yang perlu aku berikan kepada yang sering bertanya, “Bagaimana untuk jadi kuat?” Entahlah.             Setelah apa yang pernah berlaku, perkara yang membuatkan kita tersakiti. Hal yang pernah buat kita terluka. Yang pernah buat kita tersiksa. Dan semua ini buat hidup kita tidak tentu arah. Bukan hanya seketika. Tetapi sudah berkurun la...

Dear Zindagi (Wahai Kehidupan)

Aku baru ja habis tengok filem Dear Zindagi (2016). Ketinggalan sikit. Aku bukan kaki movie. Tapi suka tengok movie. Aher!             Apa yang aku nak simpulkan dekat sini bukan nak hurai panjang-panjang sinopsis filem tersebut. Bukan juga nak bagi apa-apa komen siapa pengarah dan penerbitnya. Aku bukan seorang pakar dalam bidang ni. Apa yang buat aku tertarik ialah watak seorang kanak-kanak yang bernama Kaira. Watak Kaira dalam filem ni sebenarnya sudah pun dewasa yang dimainkan oleh Alia Batt. Kaira, pengarah fotografi (DOP) yang mendapat pendidikan di New York. Kaira telah mengalami beberapa masalah psikologi dan dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ahli terapi. Watak ahli terapi tersebut dimainkan oleh Shah Ruhk Khan iaitu sebagai Dr. Jug. Apabila dia mulai menjalani sesi bersama Dr. Jug, seolah-olah kita juga boleh merasakan menjalani sesi terapi bersama mereka. Sebenarnya, Kaira mempunyai masalah psikolog...

Pada Siapa Perlu Luah?

Di sekolah, kadang-kadang aku digelar cikgu. Adakalanya aku dipanggil Sir. Tapi setakat ni tiada lagi murid-murid aku yang berani nak panggil abang! Ngeh!             Tak kisahlah pasal gelaran tu. Panggil je la apa pun, yang penting menunjukkan mereka tu hormat pada aku. Jumpa diluar sekolah nak panggil abang pun tak kisah. Dalam kelas, aku suka tanya perasaan mereka. Setiap kali masuk ke kelas, itulah yang menjadi set induksi/permulaan bagi sesi pdp aku. Lalu, apa jawab mereka?             Sudah semestinya akan ada yang jawab gembira, sedih, teruja, mengantuk, malas, bosan dan macam-macam lagi. Malah, ada juga yang bagi tahu tak rasa apa-apa pun. Tak pelik, sebab aku tahu, mungkin itu sekadar lawak tahap mereka. Aku cuba untuk terhibur. Ya, begitulah cara untuk dekati mereka dan mungkin begitu jugalah cara untuk menjadikan mereka rasa mereka sedang diberikan perhatian o...

Itulah Realitinya

Kalau ditanya mengenai sistem pendidikan negara kita, aku bukanlah orang yang pakar. Jauh sekali untuk menunjuk pandai untuk mengulas tentang sistem pendidikan yang sedia ada sekarang. Tetapi aku tertarik dengan ulasan oleh Oo Kok Hin dalam bukunya Aku Kafir, Kau siapa? (Jangan Jawab). Dia memilih perkataan ‘messy’ untuk menggambarkan sistem pendidikan negara kita. Kerana apa?             Semua orang tahu, bermula dari awal persekolahan lagi, corak pendidikan di negara ini bagaimana. Ada yang masuk tadika, ada yang tidak. Jenis sekolah pula ada Sekolah Rendah Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan. Ada juga Sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan. Kenapa perlu wujud Sekolah Jenis Kebangsaan? Itu yang orang ramai nampak untuk dipertikaikan. Tetapi tak ramai yang tahu sebenarnya Sekolah MRSM, SBP, MRSM, Sekolah Agama, dan Chinese Independent High School juga memisahkan anak-anak kita untuk bersatu.     ...

Kenapa Perlu Baca Buku?

Tajuk kali ni berbeza sedikit. Terdetik pula tangan untuk menaip laju pada keyboard untuk menjawab seoalan seorang sahabat. Apabila dia melihat aku banyak menghabiskan masa dengan buku. Soalannya; kenapa perlu baca buku? Baiklah, jawapan ini bukanlah jawapan yang betul-betul menepati kehendak dia. Tetapi jawapan ini berdasarkan pendapat peribadi aku saja. Kalau kita ditanya kenapa tak pernah baca buku? Bermacam-macam alasan yang kita berikan sebagai helah bela diri. Mungkin ada yang katakan selalu sibuk dengan tugasan. Ada juga yang berikan alasan tidak minat. Lebih-lebih lagi buku jenis novel. Ramai yang lebih gemar untuk menonton novel yang difilemkan saja. Ada pula yang mengatakan bahawa baca buku boleh buat kita mengantuk. Baca pada perenggan pertama pun mata sudah layu! Tidak mustahil ada yang jadikan hobi membaca sebelum tidur untuk menjemput rasa mengantuk.             Cuba tanya diri kita masing-masing. Dalam sebulan...