Look Like Busy!

“Fuhhh!”
               
               Ayat klise, “Berhabuk betul blog ni, boleh tanam jagung!”
            
           Sebenarnya, masih tak percaya sejak tahun 2013 lagi duduk di negeri orang menuntu ilmu. Dah masuk tahun ke lima tahun ni. Cepat-cepat periksa diri, apa yang aku dapat? Apa yang aku belajar? Pengalaman manis yang bagaimana aku kenangkan? Pengalaman pahit yang bagaimana tak boleh dilupakan? Lima tahun, bukan sekejap. Tapi orang kata, “pejam dan celik, tak sedar pun masa berlalu.”
            
              Kalaulah begitu. Indahnya dunia!
            
             Duduk sini, apa yang istimewanya? Kalau orang luar nak datang sini, tempat mana yang nak suggest dekat diorang? Kalau diberi peluang datang lagi, tempat mana yang nak pijak semula?
            
              Tak tahulah! Hahaha!
            
            Aku rasa macam tak sempat nak fikir semua tu (perhhh, nampak macam busy! betul). Aduhai, memang pun sibuk weh. Bulan pertama di semester akhir ni, macam-macam kerja. Macam-macam tugasan kena siapkan. Kalau orang lain, semester akhir ni hanya buat satu jenis kajian. Aku? Kena buat dua jenis kajian! Satu, kajian tindakan. Yang ni perlu siapkan sebelum bulan 4. Awal bulan 4 kena bentang dalam seminar. Satu lagi, kajian kes. Yang ni tak perlu bentang dalam seminar. Tapi sama macam kajian tindakan cuma tak perlu ambil tindakan terhadap kajian tu dan tak perlu bentang dalam seminar.
            
          Bila nak buat dua kajian tu? Entahlah. Kena pandai curi masa. Bayangkan, tajuk kajian tindakan tentang hubungan sosial. Tajuk kajian kes pula tentang tingkah laku. Dalam masa yang sama aku kena banyak baca dua jenis bidang. Perah otak beb!
             
           Eh tak jawab lagi, bila nak buat tu? Ya, sebenarnya kena curi masa. Sebab apa? Setiap hari kelas dari pagi macam budak sekolah mula 7.45 sampai ke 4 petang baru habis. Masa rehat? Masa tu untuk makan dan hadap Tuhan! Selepas 4 petang? Kadang-kadang rajin nak pergi library kadang-kadang malas. Malam? Malam kena buat tugasan tutorial, slide pembentangan dan kerja kursus. Hujung minggu? Tidur! Hahaha
            
              Eleh, orang lain rilek jaaa!
            
             Memanglah. Setiap orang lain. Lain macam mana nak urus masa. Lain komitmen. Lain cara. Lain perangai. Tapi bab malas tu mungkin sama!
            
              Setiap pagi bangun nak pergi kelas aduhai malasnyaaaaaaaaaaaaaaa. Tapi nak sedapkan hati tu terpaksa setiap hari bagi tahu diri sendiri, “sem akhir dah weh, sem akhir. Tak payah malas. Lepas tu, situasi inilah kau rindukan nanti.”  Senang, kan?
            
              Kadang-kadang senang. Adakalanya susah. Susah bila tengok orang lain rilek! Macam mana kamu orang boleh buat-buat rilek weh? Bukan! Bukan buat-buat rilek. Diorang memang rilek. Kelas dari pagi, tengahari dah habis. Subjek pun kurang. Tutorial kurang. Kerja kursus pun kurang.
               
               Kau ni, suka betul bandingkan situasi kau dengan orang lain!
               
               Susah betul nak jadi ikhlas, kan? Susahlah sebab kau lemah iman (burn)!
            
            Belajarlah jadi ikhlas. Didik hati. Guna ayat klise lagi. “Semua ni ada sebab. Ada hikmah. Orang lain tak dapat yang aku dapat.”
              
                Tapi mana adil! Haaaa tak habis-habis.
            
              Banyaklah kena buat. Banyak kena siapkan. Rasa macam tak sempat. Tapi kena juga buat. Kena juga siapkan. Kena juga hantar. Tak hantar, kena marah. Tak hantar, kena mengulang! Aduhai, rasa macam nak tidur sampai habis sem. Bila bangun semua kerja dah siap dan pergi konvo dengan bangganya. Boleh begitu?


#donemerungut

Comments

  1. According to Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason this country's women live 10 years longer and weigh 19 kilos lighter than we do.

    (Just so you know, it is not related to genetics or some secret exercise and EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

    BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...

    Click this link to uncover if this little questionnaire can help you decipher your real weight loss possibility

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks Sekolah Rendah

Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling (KPM)