Posts

Showing posts from January, 2017

Ikhlaskan Perpisahan

“Kenapa dia pergi tanpa berkata apa?”, “Kenapa aku ditakdirkan hidup merana?”, “Kenapa dia sanggup tinggalkan aku, padahal kami sudah lama bercinta?”, "Kenapa tiba-tiba dia berubah hati, apa kurangnya aku?", “Kenapa dia pilih orang lain berbanding aku?”, “Kenapa dia sanggup duakan cintaku?” Begitulah. Selepas perpisahan, terlalu banyak persoalan yang berlegar dalam fikiran. Adakalanya fikiran sendiri mempermainkan kita. Terlalu asyik dengan persoalan kenapa, kenapa dan kenapa. Persoalan itu pula terbiar tanpa sebarang jawapan. Peritnya perasaan. Aneh! Melepaskan insan yang pernah kita sayang, bukan mudah. Terlalu banyak memori yang manis dilului bersama selama bertahun-tahun. Ungkapan dibibir memang mudah untuk mengatakan perpisahan. Namun, dalam hati masih tidak ikhlas. Tidak salah sebenarnya untuk kita melepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan yang lebih bahagia. Mungkin dia tidak bahagia bersama kita.             U...

Ujian; Hidup Bertuhan

Ramai yang telah berjumpa dengan saya untuk meluahkan rasa. Macam-macam bentuk cerita. Naik simpati saya dibuatnya. Saya cukup seronok apabila sahabat-sahabat yang datang kepada saya untuk mencurahkan perasaan mereka. Ia banyak memberikan saya pengajaran daripada kisah yang mereka sampaikan. Adakalanya saya juga bermuhasabah diri setelah mendengar sendiri ujian yang sedang mereka harungi. “Entahlah, mungkin Tuhan telah beri hukuman akibat dosa-dosa yang telah saya buat. Sudah berapa lama saya dalam keadaan begini. Murung setiap masa. Kadang-kadang terasa lemah juga! Rasa tersiksa! Macam-macam dugaan yang datang, macam-macam juga ujian yang saya diberikan. Lepas satu, datang pula masalah kedua. Teruk sangatkah dosa yang telah saya buat? Ramai lagi orang lain di luar sana yang buat dosa yang sama, tapi bahagia pula! Rasa tidak adil!” Saya pun tidak pasti, sebesar manakah dosanya sehinggakan dia rasa ujian di dunia ini tidak adil baginya tidak pula saya bertanya. Saya yang mendengar...

Kita Ada Tugas; Buang Seseorang yang Pernah Terpahat di Hati

“Cikgu, boleh tak bagi saya sedikit tips macam mana nak move on dengan “kisah” lama? Sudah berapa kali saya cuba, hasilnya tetap sama. Ia sentiasa berlegar-legar dalam fikiran. Ke sana saya teringat, ke sini pun teringat. Apa yang perlu saya buat lagi cikgu? Saya harap cikgu dapat selesaikan masalah saya ni.”              Alahai, saya ingatkan mesej daripada maxis tadi. Sebab itulah apabila nada dering mesej berbunyi agak lambat juga baru saya buka. Jarang sekali zaman sekarang ni sahabat-sahabat, suadara mara, orang-orang terdekat atau kenalan-kenalan kita yang menggunakan pesanan ringkas seperti ini. Maklumlah, zaman sekarang, orang ramai lebih gemar menggunakan aplikasi telefon pintar untuk berhubung.             Usai membaca mesej ringkas daripada anak murid itu tadi, fikiran saya melayang seketika. Kisah lama? Apa yang dia maksudkan? Mengenai apakah yang dia i...

Kau Lemah?

“Nanti kau tolong maklumkan dengan Boss yang aku tak masuk kerja hari ni.” Bersahaja suara Irha memberi pesanan kepada rakannya melalui telefon. Saya yang mendengar perbualan mereka, sedikit kehairanan. Pantas saya bertanya, “Awak tak beritahu pun sebab apa awak tak masuk kerja hari ni. Tak mengapa ke?”             “Ah! Bukannya penting pun semua aku nak beritahu. Pandai-pandailah Boss aku tu bagi cuti. Bukannya apa pun.” Jawapannya penuh dengan keyakinan,             Keesokannya, Irha mengadu kepada saya. “Aku tak suka dengan gaya Boss aku tadi tu. Adakah patut dia banyak soal pula kenapa aku tak masuk kerja kelmarin.” Irha menjuih bibir, tanda geram kepada Bossnya. Tidak lama kemudian, Irha menghenyukkan punggungnya di atas sofa yang empuk.             Saya ketawa. “Kan aku dah tanya, tak mengapa ke awak tak berita...

Kuatlah Wahai Sahabat!

Kata seorang sahabat, dia baru sahaja putuskan hubungan dengan kekasihnya; dia terlalu kecewa dengan sikap bekas kekasih yang dicintai selama 4 tahun itu. Tambahnya lagi, bukan sahaja kecewa, malah dia juga sudah mula membencinya sama sekali. Perasaan benci itu lahir akibat perbuatan yang dianggap terlalu ‘kejam’ yang telah dilakukan oleh wanita yang diagungkan pada ketika dahulu. Tidak sangka, seorang wanita yang dianggap sebagai baik, penyayang, sopan-santun dan agak pendiam itu kini bersikap di luar tabiat.             Saya yang sedang menikmati nasi lemak pada pagi itu tertarik dengan luahan sahabat saya ini langsung sahaja bertanya apakah perbuatan yang dianggap ‘kejam’ yang dilakukan oleh bekas kekasihnya itu? Agak perlahan nada sahabat tadi menjawab, “Dia curang.”             Melihat reaksinya, saya menduga lagi. “Adakah awak pasti bekas kekasih awak tu betul-betu...