Belajar Sebelum Terlambat

Anda perlu mengubah tabiat belajar dengan mengikuti tip-tip berikut :

1) Pelajar hendaklah membuat jadual harian agar dapat mendisiplinkan diri dan masa tidak terbuang tanpa apa-apa aktiviti yang bermanfaat.
2) Belajar pada waktu yang paling segar dan paling bermotivasi. Ikut cara gaya anda sendiri, jangan ikut orang lain! Hanya anda yang paling mengenali kemampuan dan kekuatan diri sendiri.
3) Belajar di tempat yang sunyi, selesa, bebas daripada gangguan seperti TV, radio dan seumpanya.
4) Tempat bising akan menyebabkan fikiran anda terganggu dan ini akan menyukarkan informasi diproses dalam ingatan jangka pendek, seterusnya sukar dipindah ke ingatan jangka masa panjang.
5) Anda boleh mencuba teknik belajar SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review).

      Ringkasnya, anda haruslah survey topik-topik utama dan topik kecil untuk menghasilkan satu kerangka yang tersusun informasi-informasi yang sedang anda belajar. Sewaktu survey informasi dengan berhati-hati, sambil menjawab soalan-soalan yang telah kita kenal pasti sebelum ini. Untuk ingat istilah baru sebut dengan kuat. Setelah baca satu bahagian, sebut atau lafaz (recite) informasi untuk mengetahui sama ada anda faham atau tidak. Jangan sambung ke bahagian seterusnya sehingga anda faham apa yang sedang anda pelajari sekarang. Secara berkala, mungkin setiap 3 hari, kaji semula semua informasi yang telah anda pelajari, dengan menyoal diri dan baca semula apa jua yang anda gagal ingati. Dengan menyoal diri sendiri semasa membaca dapat meningkatkan raptai terperinci atau mendalam dan tahap pemperosesan. Proses ini dapat membantu membaiki ingatan.

      Cara lain yang dapat membantu :

1) Mengetahui Hasilnya.
Proses pembelajaran akan berjalan lancar apabila maklum balas atau pengetahuan mengenai hasilnya diberikan. Hasilnya mungkin dapat diperolehi daripada keputusan ujian bulanan ataupun dengan menjawap soalan-soalan yang lampau. 

2) Menghafal.
Menghafal akan memaksa kita untuk melatih diri mendapatkan kembali informasi yang telah dipelajari.

3) Raptai atau ulangan.
Semakin banyak kali informasi yang dibaca diulang, maka semakin tinggi kemungkinan kita akan mengingatinya. 

4) Pemilihan.
Seseorang cendikiawan Belanda, Erasmus menyatakan bahawa ingatan yang baik adalah seperti jala ikan. Jala tersebut harus menangkap ikan yang besar tetapi melepaskan ikan yang kecil.

5) Mengorganisasikan.
Jika informasi yang ingin disimpan adalah banyak maka anda boleh mencuba mengorganisasikannya dengan teknik pengketulan. 

6) Pembelajaran menyeluruh lawan pembelajaran berperingkat.
Bagi informasi yang pendek dan tersusun seperti teks ucapan adalah lebih baik dingati secara menyeluruh (pembelajaran secara menyeluruh). Namun begitu bagi informasi yang panjang dan sukar pembelajaran secara berperingkat adalah digalakkan.

7) Kedudukan siri.
Apabila kita perlu mempelajari sesuatu dalam bentuk yang teratur kita perlu berhati-hati dengan kesan kedudukan siri. Kesan ini adalah kecenderungan untuk membuat kesalahann yang benyak ketika cuba mengingati item-item di bahagian tengah senarai. 

8) Tanda saran. 
Tanda saran (rangsangan yang membantu pengambilan semula) ingatan yang paling baik adalah tanda saran hadir semasa pengekodan berlaku. Selain daripada itu dengan menghurai informasi semasa kita belajar juga dapat membantu. Contohnya dengan menggunakan nama yang baru, idea atau istilah dalam beberapa ayat. Anda digalakkan juga membentuk imej yang melibatkan informasi yang baru dan menghubungkan dengan pengetahuan yang sedia ada. 

9) Melebihkan belajar (Overlearning).
Banyak kajian menunjukkan bahawa ingatan dapat ditingkatkan dengan berkesan apabila kita melebihkan belajar. Ini bermakna kita terus belajar walaupun telah dapat menguasai bahan tersebut.

10) Latihan yang dijarakkan.
Bagi mengelak daripada merasa jemu dan keletihan, anda boleh cuba selang seli sesi masa belajar yang pendek dengan rehat.

11) Tidur.
Tidur selepas belajar dapat mengurankan gangguan. Namun begitu masalahnya kita mungkin tidak dapat tidur selepas setiap sesi belajar atau belajar semuanyan sebelum kita tidur. Oleh sebab itulah jadual belajar perlu dimasukkan masa rehat yang mencukupi selepas setiap mata pelajaran. 

12) Lapar.
Orang yang lapar selalunya mendapat skor yang rendah dalam ujian ingatan, tetapi jangan makan terlalu kenyang, anda akan mudah rasa mengantuk.

13) Mengkaji semula.
Mengkaji semula sebelum peperikasaan dapat membantu untuk mengingat secara terperinci informasi yang penting untuk peperiksaan tersebut. Adalah lebih realistik jika dapat mengingat kembali apa yang telah dipelajari sebelum ini dan menambah sedikit informasi baru di saat-saat terakhir sebelum peperiksaan.

14) Mnemonik.
Teknik ini dapat mengelak kita daripada menghafal : 
  • Penggunaan gambar mental
  • Jadikan perkara tersebut bermakna
  • Menjadikan informasi sesuatu yang biasa. Hubungan informasi dengan sesuatu yang telah anda ketahui
  • Bentuk asosiasi mental yang ganjil, luar biasa dan ditokok tambah

DIharapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA!!

Comments

Popular posts from this blog

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks Sekolah Rendah

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Teknik Ucapan Yang Berkesan