TIPS MENGHARGAI MASA
Assalamualaikum.. Daud Ath rahimahullah ada berpesan kepada kita tentang waktu. Beliau mengatakan, "Sesungguhnya malam dan siang adalah tempat persinggahan bergantian sampai dai berada pada akhir perjalanannya. Jika engkau mampu menyediakan bekal di setiap tempat persidanganmu, maka lakukanlah. Berakhirnya safar boleh jadi dalam waktu terdekat. Namun, perkara akhirat lebih segera daripada itu. Persiapkanlah perjalananmu (menuju ke negeri akhirat). Tunaikanlah kewajiban yang patut engkau tunaikan. Kerana mungkin saja, perjalananmu akan berakhir dengan tiba-tiba".
1) Kesan Masa Produktif (pirme time) 'masa-masa penat anda'
Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan esei dan "prime time" kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan tugasan tersebut. manakala aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada'masa-masa penat kita.
2) Kesan musuh masa anda
Musuh kepada masa mungkin berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara maraton, melayan sms kawan-kawan yang tidak bermanfaat, melayani 'tetamu' yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Jadi, disiplinkan diri anda! Bina kemampuan menolak dan mengatakan tidak. Hormatilah masa kita, in shaa Allah orang lain akan menghormati kita.
3) Tetapkan Tujuan
Tuliskan tujuan hidup kita. Dengan cara ini, kita tahu apa yang inginkan dan bagaimana cara mencapainya. Begitulah juga dalam setiap urusan kita. Tentukan tujuan. Perhatian hari demi hari dan mulailah menentukan tujuan untuk minggu hadapan.
4) Buat Checlist
Jika anda biasa menyenaraikan barang-barang dan anggaran harga ketika membeli belah bagi mengelak membeli barang yang perlu dan pembaziran, begitulah juga seharusnya dalam 'perbelanjaan' masa. Kita harus ada yang perlu kita buat bagi mengelak pembaziran masa.
5) Menyusun Atur Prioriti
Daripada checlist, buatlah skala prioriti. Tentukan mana yang mendesak, penting, agak penting serta tidak penting. Ada yang mendesak tetapi tidak penting dan tidak mendesak tapi penting. Setelah jelas, kita dapat menentukan sendiri bagaimana harus menghabiskan waktu yang sangat terbatas. Perlu diingat, tidur dan istirehat juga penting untuk kesihatan tubuh.
6) Buat jadual Mingguan
Sekarang, mulakan buat jadual mingguan! Isi dengan aktiviti atau tujuan yang ingin kita lakukan atau yang ingin kita capai. Tidak perlu kecewa jika ternyata tidak tercapai kerana kadang-kadang sesuatu terjadi secara tiba-tiba tanpa kita rencanakan. Simpan kegiatan kegiatan yang tertunda pagi dan jadikan prioriti pada waktu yang lain.
7) Mainkan watak dengan efektif
Sekarang, tentukan watak anda pada pada waktu agar hidup jadi seimbang. Contohnya, sebagai pelajar, maka beraksilah anda sebagai pelajar yang bersungguh-sungguh pada waktu pembelajaran, jangan bermain-main dan tidak serius. Sebagai pemimpin di sekolah atau kampus, maka mainkan peranan itu pada masanya yang tepat dan efektif, dan jangan di bawa peranan itu ketika anda seharusnya study dan menyiapkan tugasan atau assignment.
8) Syukur dan Nikmati keberhasilan
Catat mana saja tujuan yang berhasil dan tidak. Membuat jadual bukanlah jaminan kita akan selamanya berhasil dalam kerja. Tetapi, sekurang-kurangnya kita akan lebih menghargai waktu. Hidup akan lebih tersusun. Jika berhasil, syukur dan nikmatilah kemenangan kita dalam membahagi dan mengatur waktu dengan baik. Jangan lupa sentiasa berdoa dan berharap kepada Allah SWT.
Terima kasih kerana sudi membaca ^_^.
jika tahu sebarkan ilmu yang anda ada, dan bertanyalah jikalau tidak tahu seperti mana peribahasa arab ada menyatakan "Ilmu itu adalah umpama sebuah gedung, dan kuncinya adalah pertanyaan".
Comments
Post a Comment