Pantang Larang Berucap

Ramai orang melakukan kesilapan serius apabila membuka ucapan mereka. Kesilapan-kesilapan itu selalu kita dengar.

1.  Meminta maaf

Kita selalu mendengar kata-kata seperi :
"Terlebih dahulu saya minta maaf jikalau..."
"Saya sebenarnya diminta berucap kerana..."
"Ucapan ini hanyalah ucapan bidan terjun..."
"Ini kali pertama saya berucap..."
"Sepatutnya orang lain yang berucap, tetapi kerana orang itu tidak hadir..."

    Kalau kita ada kekurangan atau kelemahan, hadirin boleh melihat dan mendengarnya sendiri. Tidak payahlah kita suruh mereka sedar pada kelemahan-kelemahan kita itu. Jangan sesekali berkata "saya sebenarnya tidak pandai berucap..."

2.  Memberi janji kosong

Ada orang berjanji mereka akan memberi apa yang mereka tidak mempu berikan. Perbuatan begitu hanya merosakkan kredibiliti kita. Ada penceramah berjanji mereka akan memberi panduan-panduan bagaimana hendak mendidik anak cemerlang, bagaimana hendak menyemarakkan cinta selepas dua puluh tahun berkahwin, bagaimana hendak menjadi kaya dan macam-macam lagi janji. Jangan berjanji melainkan kita betul-betul mempu melakukannya.

3.  Membuat gimik

Gimik ialah perkara-perkara yang kita buat dengan niat hendak memperdaya hadirin supaya mereka berminat mendengar kita padahal apa yang kita buat itu tidak ada kena-mengena dengan topik ucapan kita.

4.  Pendahuluan

Jangan buat pendahuluan sebelum memulakan ucapan.

"Sebelum saya memulakan ceramah ini, saya rasa gembira dan ingin menyatakan..."
"Saya sangat seronok dapat berada di sini, oleh itu sebelum saya mulakan ceramah ini, saya ingin..."
"Saya harap tuan-tuan akan sabar mendengar ceramah saya sampai tamat..."

    Ramai juga orang tidak pandai menutup ucapan mereka dengan baik dan berkesan. Antara kesilapan yang mereka lakukan ialah :

1.  Meminta apologi

Walaupun sekali-sekala apologi adalah baik tetapi, pada amnya tidak payahlah minta apologi, kerana hadirin sudah tahu kekurangan kita dalam ucapan kita tadi dan apabila memang kekurangan kita itu luar kawalan kita, mereka sudah memaafkan kita dan mereka tahu kita pun malu pada kekurangan-kekurangan itu.

2.  Menyebut perkara baru

Dalam penutup, jangan sebut maklumat baru. Gunakan penutup untuk mengulang isi kandungan dalam ucapan kita dan beri ringkasan singkat berkenaannya.

3.  Penutup yang panjang

Tutup sekali, dan tutup pendek. Ada kalanya kita berkata, "akhir sekali.." atau "sebagai penutup..." sebagai tanda ayat itu akan berakhir di situ. Jadi, berhenti di situ sudah.

Comments

Popular posts from this blog

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks Sekolah Rendah

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Teknik Ucapan Yang Berkesan