Posts

Showing posts from July, 2014

Teknik Ucapan Yang Berkesan

Berucap ialah istilah untuk public speaking di  dalam bahasa Inggeris. Ucapan yang berkesan mengandungi lapan langkah iaitu : 1) Memilih topik dan tujuan ucapan Topik yang menarik ialah topik yang menarik kepada kita, dan juga menarik kepada orang yang akan mendengar ucapan kita itu. Topik itu ialah topik yang akan mengukuhkan sikap dan kepercayaan mereka sekarang, bukan topik yang menentangnya. Sekurang-kurangnya pilih topik yang neutral kepada mereka, iaitu tidak mereka sokong dan tidak pula mereka tentang.        Apakah tujuan kita berucap? kita boleh berucap untuk memberi maklumat kepada para pendengar kita dan kita boleh juga berucap untuk mempengaruhi mereka. Apabila kita hendak memberi maklumat ada beberapa perkara yang boleh kita buat. Kita boleh memberi penjelasan, penerangan lanjut, membetulkan salah faham, menerangkan bagaimana sesuatu itu dilakukan dan lain-lain. Supaya ucapan kita berkesan, gunakan banyak contoh, ilutrasi, definisi, bukti-bukt...

Dilema Kekasih Hati Dirampas Sahabat Sendiri

Pepatah Melayu yang sering kita dengar iaitu, harapkan pagar, pagar makan padi, sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat kita. Ia bukan hanya tertumpu kepada persoalan cinta, bahkan juga banyak tertumpu kepada berlaku dalam semua hal. Apabila kita memberi harapan dan kepercayaan kepada orang ataupun mengamanahkan sesuatu perkara, kita mengharapkan perkara itu dipenuhi oleh pemegang amanah.             Tetapi kita perlu ingat, hidup dalam dunia ini tidak semua orang berlaku jujur. Mungkin kita katakan rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Oleh itu, apabila kita  meletakkan kepercayaan ataupun harapan pada individu, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehingga kita menjadi kecewa kerananya. Keyakinan kita hanya kepada Allah. Biarpun begitu, perlu juga kita ingat, tidak semua manusia bersikap tidak amanah, bahkan ada yang cukup jujur dan boleh dipercayai.          ...

Belajar Sebelum Terlambat

Anda perlu mengubah tabiat belajar dengan mengikuti tip-tip berikut : 1) Pelajar hendaklah membuat jadual harian agar dapat mendisiplinkan diri dan masa tidak terbuang tanpa apa-apa aktiviti yang bermanfaat. 2) Belajar pada waktu yang paling segar dan paling bermotivasi. Ikut cara gaya anda sendiri, jangan ikut orang lain! Hanya anda yang paling mengenali kemampuan dan kekuatan diri sendiri. 3) Belajar di tempat yang sunyi, selesa, bebas daripada gangguan seperti TV, radio dan seumpanya. 4) Tempat bising akan menyebabkan fikiran anda terganggu dan ini akan menyukarkan informasi diproses dalam ingatan jangka pendek, seterusnya sukar dipindah ke ingatan jangka masa panjang. 5) Anda boleh mencuba teknik belajar SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review).       Ringkasnya, anda haruslah survey topik-topik utama dan topik kecil untuk menghasilkan satu kerangka yang tersusun informasi-informasi yang sedang anda belajar. Sewaktu  survey informasi dengan be...