Posts

Showing posts from January, 2014

Gaya Komunikasi

Gaya komunikasi kita sangat dipengaruhi oleh emosi kita. Apabila kita suka kepada seseorang, komunikasi kita akan bersifat sangat positif. Kita banyak memuji-muji orang itu, dan kita seronok dengan kehadirannya. Orang-orang yang tertarik kepada kita adalah orang-orang yang memenuhi keperluan jiwa kita. Mereka manaikkan estim-diri kita. Mereka membuat kita berasa seronok. Apabila mereka juga mencintai diri kita, estim-diri kita naik lebih tinggi lagi dan jiwa dan kalbu kita berasa tambah seronok. Itulah sebabnya kita suka kepada orang-orang seperti itu. Orang yang benci kepada diri kita membuat estim-diri kita turun jadi rendah dan kita tidak seronok. Itulah sebabnya kita tidak suka orang-orang yang membenci kita.             Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi memberi panduan yang boleh membuat orang suka kepada kita. Pertama, kita mesti suka menolong orang. Orang yang pernah menerima pertolongan kita akan suka kep...

Pantang Larang Berucap

Ramai orang melakukan kesilapan serius apabila membuka ucapan mereka. Kesilapan-kesilapan itu selalu kita dengar. 1.   Meminta maaf Kita selalu mendengar kata-kata seperi : "Terlebih dahulu saya minta maaf jikalau..." "Saya sebenarnya diminta berucap kerana..." "Ucapan ini hanyalah ucapan bidan terjun..." "Ini kali pertama saya berucap..." "Sepatutnya orang lain yang berucap, tetapi kerana orang itu tidak hadir..."     Kalau kita ada kekurangan atau kelemahan, hadirin boleh melihat dan mendengarnya sendiri. Tidak payahlah kita suruh mereka sedar pada kelemahan-kelemahan kita itu. Jangan sesekali berkata "saya sebenarnya tidak pandai berucap..." 2.  Memberi janji kosong Ada orang berjanji mereka akan memberi apa yang mereka tidak mempu berikan. Perbuatan begitu hanya merosakkan kredibiliti kita. Ada penceramah berjanji mereka akan memberi panduan-panduan bagaimana hendak mendidik anak cemerlang, b...
Image
TIPS MENGHARGAI MASA Assalamualaikum..  Daud Ath rahimahullah ada berpesan kepada kita tentang waktu. Beliau mengatakan, "Sesungguhnya malam dan siang adalah tempat persinggahan bergantian sampai dai berada pada akhir perjalanannya. Jika engkau mampu menyediakan bekal di setiap tempat persidanganmu, maka lakukanlah. Berakhirnya safar boleh jadi dalam waktu terdekat. Namun, perkara akhirat lebih segera daripada itu. Persiapkanlah perjalananmu (menuju ke negeri akhirat). Tunaikanlah kewajiban yang patut engkau tunaikan. Kerana mungkin saja, perjalananmu akan berakhir dengan tiba-tiba". 1) Kesan Masa Produktif (pirme time) 'masa-masa penat anda' Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan esei dan "prime time" kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan tugasan tersebut. manakala aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dib...