Coretan Temuduga IPG

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang apa yang saya alami semasa menghadapi temuduga  IPG. Saya lebih suka berkongsi daripada memberi kerana berkongsi kita boleh bertukar-tukar pengalaman, pendapat atau idea sesama sendiri. Biar saya mulakan coretan ini dengan memperingatkan kepada anda bahawa temuduga pada tahun ini (2013) adalah berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. apa bezanya? bezanya ialah tahun lalu ada tiga sesi yang calon kena hadapi iaitu yang pertama ujian insak, yang kedua temuduga berkumpulan dan yang terakhir temuduga individu manakala tahun ini sesi temuduga individu adalah tidak dilakukan oleh panel seperti tahun-tahun yang sebelum ni. saya pun tak tahu kenapa o.O. 

SEBELUM HARI TEMUDUGA

Anda diingatkan supaya datang seawal 30 minit sebelum masa yang diberikan untuk memastikan keselesaan suasana dan keadaan lokasi temuduga. pastikan anda ambil tahu tentang isu-isu pendidikan, organisasi KPM dan hal-hal yang berkaitan pendidikan (untuk persediaan). Panel penemuduga tak tanya pun pasal ni tapi untuk persediaan manalah tahu kot2 panel nak tanya. Senang sikit nak jawab kalau dah tau. Sebelum tu pastikan fail lengkap disusun dengan rapi, pastikan telahpun anda susun sebagaimana yang telah diarahkan dan sijil-sijil juga wajib susun mengikut peringkat iaitu dihadapan adalah sijil antarabangsa (jika ada), sijil kebangsaan (jika ada), seterusnya sijil peringkat negeri, sijil peringkat bahagian dan akhir sekali sijil peringkat sekolah. Sijil-sijil ni penting tau! Angkut je kesemua sijil-sijil yang ada.


Bagi yang tak bersedia lagi pastikan anda membuat latihan konfiden bercakap. bagaimana caranya? Anda boleh berlatih dihadapan cermin dengan melihat itulah diri anda ketika bercakap depan panel temuduga nanti. Ataupun jadikan sesiapa sahaja sebagai ala-ala panel penemuduga untuk menilai keyakinan anda bercakap. lebih baik gunakan cikgu atau orang yang anda tidak terlalu rapat. Kalau guna orang yang rapat konfem gelak je lebih!


SEMASA HARI TEMUDUGA

Sekali lagi saya ingatkan sila datang awal 30 minit daripada masa yang telah ditetapkan ke tempat dimana anda akan di temuduga. selesakan diri terlebih dahulu pada tempat tersebut. Pastikan persediaan yang telah anda lakukan adalah seperti yang dirancang. jangan lupa berdoa sebelum melakukan sesuatu perkara ye awak-awak semua :D 

Ok, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah ujian insak. ujian insak akan berlansung selama 30 minit . Ala, jangan risau la, sebab soalannya mudah je. ikut korang la nak jadikan ianya susah atau senang. dekat sini saya ingin berkongsi satu tips untuk menjadikan sesi menjawab soalan insak tu lebih senang.Caranya, iaitu "anggaplah diri sendiri adalah insan yang tidak pernah melakukan dosa dan insan yang tak akan melakukan dosa". kan senang?? ^_^ .. Selepas itu tamatlah ujian insak anda. eh, jangan lupa pastikan jawab semua soalan kerana ianya adalah membantu anda untuk mendapatkan markah yang tinggi. 

Untuk sesi seterusnya ialah, korang akan diarahkan untuk berkumpul di sesuatu tempat bagi menunggu giliran temuduga berkumpulan. Pastikan anda sentiasa ready sebab panel akan memanggil kumpulan anda bila-bila masa sahaja. Tenangkan diri, tengok la MLM yang terbaru ke apa ke yang boleh menghilangkan rasa gugup. Sebaik sahaja kumpulan anda dipanggil oleh panel, tenangkan diri ok.. bagi yang muslim dah taulah kan apa yang patut dilakukan. Anda akan diarahkan untuk masuk ke sebuah bilik yang mempunyai LCD dan Komputer riba, ala-ala bilik tayanganlah katakan. Jangan terus duduk, tunggu arahan untuk duduk barulah anda duduk. ingat tau! Anda dan rakan sekumpulan akan memperkenalkan diri selama seminit, tapi kalau lebih dari seminit tu lagi bagus. Jangan pula terkurang. Tips disini pula adalah "Tonjolkan diri semasa memperkenalkan diri" kerana anda akan menjadi perhatian panel. Ada dua individu yang akan menjadi perhatian panel iaitu individu yang "menonjol" dan individu yang agak "pendiam". Video yang panel bagi kami tengok boleh klik disini https://www.youtube.com/watch?v=i1cvFPbpHSU 

Teringat lagi cerita pensyarah saya, hah mari kita dengar cerita sikit. Beliau adalah salah seorang panel di IPG Kampus Kota Bharu. Katanya, markah calon temuduga bagi saringan pertama akan layak dengan 90% markah perolehan kesemuanya. Saya ulang, Sembilan puluh peratus. Dan saringan kedua beliau tidak nyatakan. So, ambillah peluang untuk bercakap dan tonjolkan diri anda. Kesimpulannya, buatlah sehabis baik!

Berbalik kepada temuduga tadi pula, selepas anda memperkenalkan diri panel akan membuka satu video untuk anda dan rakan sekumpulan tengok sekali ataupun dua kali. Tips nak bagi kat sini anda harus fikirkan "semasa" dan "selepas" tengok  video berkenaan. Apa yang saya maksudkan "semasa" itu adalah semasa anda melihat video yang ditayangkan sila dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang anda akan buat huraian selepas melihat video tersebut. "selepas" itu pula, hah jangan lah golojoh sangat. Sebab anda akan dapat peluang untuk bercakap kerana masa yang diberikan adalah sangat mencukupi. Simpan sedikit maklumat yang anda perolehi, apabila rakan sekumpulan diam dan tidak mempunyai idea barulah anda menonjolkan diri pada masa yang sama sila kaitkan dengan isu-isu semasa pendidikan di Malaysia seperti PPIM atau Falsafah Pendidikan dan sebagainya yang telah anda katamkan sebelum hadir ke temuduga :P

Habis sesi tadi, panel akan menyoal anda? tidak perlu untuk risau, panel akan menyoal secara terbuka. Siapa yang telebih dahulu mempunyai idea dialah bercakap terlebih dahulu. Tapi soalannya dalam BI tau.. Sebenarnya bergantung kepada panel, kalau dia nak jawab dalam BI, maka BI lah tu. Tak pun dia tanya dalam BM. Yang penting yakin je jawab, walaupun jawapan tu tak betul. Tapi, janganlah sampai jawapan tu jelas sangat salah! Haaa, lepas tu tamatlah sesi temuduga... yeaahhhhh!

Berakhirlah sesi temuduga anda... Jangan lupa solat Hajat yang muslim dan bagi yang muslim buatlah sama waktu dengannya... Semoga berjaya!


Comments

  1. scary juga sesi temuduga pun...aish.. baca pun,dah naik bulu roma dah...debar2

    ReplyDelete
  2. Yang penting keyakinan diri semasa becakap, walaupun jawapan tu salah tapi yakin jer.. Tapi jgn la kesalahan tu ketara sgt! ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks Sekolah Rendah

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Teknik Ucapan Yang Berkesan