Posts

Showing posts from March, 2017

Dear Zindagi (Wahai Kehidupan)

Aku baru ja habis tengok filem Dear Zindagi (2016). Ketinggalan sikit. Aku bukan kaki movie. Tapi suka tengok movie. Aher!             Apa yang aku nak simpulkan dekat sini bukan nak hurai panjang-panjang sinopsis filem tersebut. Bukan juga nak bagi apa-apa komen siapa pengarah dan penerbitnya. Aku bukan seorang pakar dalam bidang ni. Apa yang buat aku tertarik ialah watak seorang kanak-kanak yang bernama Kaira. Watak Kaira dalam filem ni sebenarnya sudah pun dewasa yang dimainkan oleh Alia Batt. Kaira, pengarah fotografi (DOP) yang mendapat pendidikan di New York. Kaira telah mengalami beberapa masalah psikologi dan dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ahli terapi. Watak ahli terapi tersebut dimainkan oleh Shah Ruhk Khan iaitu sebagai Dr. Jug. Apabila dia mulai menjalani sesi bersama Dr. Jug, seolah-olah kita juga boleh merasakan menjalani sesi terapi bersama mereka. Sebenarnya, Kaira mempunyai masalah psikolog...

Pada Siapa Perlu Luah?

Di sekolah, kadang-kadang aku digelar cikgu. Adakalanya aku dipanggil Sir. Tapi setakat ni tiada lagi murid-murid aku yang berani nak panggil abang! Ngeh!             Tak kisahlah pasal gelaran tu. Panggil je la apa pun, yang penting menunjukkan mereka tu hormat pada aku. Jumpa diluar sekolah nak panggil abang pun tak kisah. Dalam kelas, aku suka tanya perasaan mereka. Setiap kali masuk ke kelas, itulah yang menjadi set induksi/permulaan bagi sesi pdp aku. Lalu, apa jawab mereka?             Sudah semestinya akan ada yang jawab gembira, sedih, teruja, mengantuk, malas, bosan dan macam-macam lagi. Malah, ada juga yang bagi tahu tak rasa apa-apa pun. Tak pelik, sebab aku tahu, mungkin itu sekadar lawak tahap mereka. Aku cuba untuk terhibur. Ya, begitulah cara untuk dekati mereka dan mungkin begitu jugalah cara untuk menjadikan mereka rasa mereka sedang diberikan perhatian o...