Itulah Realitinya
Kalau ditanya mengenai sistem pendidikan negara kita, aku bukanlah orang yang pakar. Jauh sekali untuk menunjuk pandai untuk mengulas tentang sistem pendidikan yang sedia ada sekarang. Tetapi aku tertarik dengan ulasan oleh Oo Kok Hin dalam bukunya Aku Kafir, Kau siapa? (Jangan Jawab). Dia memilih perkataan ‘messy’ untuk menggambarkan sistem pendidikan negara kita. Kerana apa? Semua orang tahu, bermula dari awal persekolahan lagi, corak pendidikan di negara ini bagaimana. Ada yang masuk tadika, ada yang tidak. Jenis sekolah pula ada Sekolah Rendah Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan. Ada juga Sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan. Kenapa perlu wujud Sekolah Jenis Kebangsaan? Itu yang orang ramai nampak untuk dipertikaikan. Tetapi tak ramai yang tahu sebenarnya Sekolah MRSM, SBP, MRSM, Sekolah Agama, dan Chinese Independent High School juga memisahkan anak-anak kita untuk bersatu. ...