Posts

Showing posts from 2014

PerbandinganTeori Rasional Emotif Tingkah Laku dengan Teori Pemusatan Perorangan

Latar Belakang Teori Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (RET) dikenali juga sebagai terapi A-B-C, merupakan suatu teori yang berbeza sekali dari teori Pemusatan Perorangan (PCC). Hal ini adalah disebabkan teori RET hanya mementingkan ketiga-tiga aspek atau alam yang terdapat pada seseorang individu itu, iaitu aspek kognitif, aspek emotif dan aspek tingkah laku. Ia menekankan pemikiran, penilaian, penganalisaan, perlakuan serta membuat keputusan. Pendekatannya juga berbeza sekali kerana ia amat bercorak didaktik atau mengajar, amat mengarah, dan lebih mengutamakan pemikiran daripada perasaan.             Jauh berbeza daripada teori PCC yang terlebih dahulu dikenali sebagai pendekatan pemusatan klien pada asalnya dikenali sebagai terapi tanpa arahan. Teori PCC ini menggunakan istilah “Pemusatan Perorangan” hasil daripada kepercayaan pelopornya iaitu Carl Rogers terhadap individu dan keperluan melihat manusia dari sudut pandan...

Teknik Ucapan Yang Berkesan

Berucap ialah istilah untuk public speaking di  dalam bahasa Inggeris. Ucapan yang berkesan mengandungi lapan langkah iaitu : 1) Memilih topik dan tujuan ucapan Topik yang menarik ialah topik yang menarik kepada kita, dan juga menarik kepada orang yang akan mendengar ucapan kita itu. Topik itu ialah topik yang akan mengukuhkan sikap dan kepercayaan mereka sekarang, bukan topik yang menentangnya. Sekurang-kurangnya pilih topik yang neutral kepada mereka, iaitu tidak mereka sokong dan tidak pula mereka tentang.        Apakah tujuan kita berucap? kita boleh berucap untuk memberi maklumat kepada para pendengar kita dan kita boleh juga berucap untuk mempengaruhi mereka. Apabila kita hendak memberi maklumat ada beberapa perkara yang boleh kita buat. Kita boleh memberi penjelasan, penerangan lanjut, membetulkan salah faham, menerangkan bagaimana sesuatu itu dilakukan dan lain-lain. Supaya ucapan kita berkesan, gunakan banyak contoh, ilutrasi, definisi, bukti-bukt...