Posts

Showing posts from July, 2015

Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling (KPM)

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah satu perkhidmatan yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan bimbingan dan kaunseling berbeza mengikut individu. Oleh itu, terdapat beberapa kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam melaksanakan tanggungjawab profesionalnya. Antara kod etika bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut : a       Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap klien b       Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap rakan profesional c       Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap masyarakat d      ...