Posts

Showing posts from April, 2015

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks Sekolah Rendah

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana itu, perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di negara ini. Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya. Perkara asas dalam negara ini adalah persefahaman antara satu sama lain. Maka, dengan itu perkhidmatan ini sangat releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya yang dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu sendiri.  Melihat kepada kenyataan yang dinyatakan oleh sesetengah pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang sesuai untuk kelancaran kaunseling silang budaya, oleh itu, ia lebih tertumpu kepada keterbukaan pelbagai teknik yang...