PerbandinganTeori Rasional Emotif Tingkah Laku dengan Teori Pemusatan Perorangan
Latar Belakang Teori Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (RET) dikenali juga sebagai terapi A-B-C, merupakan suatu teori yang berbeza sekali dari teori Pemusatan Perorangan (PCC). Hal ini adalah disebabkan teori RET hanya mementingkan ketiga-tiga aspek atau alam yang terdapat pada seseorang individu itu, iaitu aspek kognitif, aspek emotif dan aspek tingkah laku. Ia menekankan pemikiran, penilaian, penganalisaan, perlakuan serta membuat keputusan. Pendekatannya juga berbeza sekali kerana ia amat bercorak didaktik atau mengajar, amat mengarah, dan lebih mengutamakan pemikiran daripada perasaan. Jauh berbeza daripada teori PCC yang terlebih dahulu dikenali sebagai pendekatan pemusatan klien pada asalnya dikenali sebagai terapi tanpa arahan. Teori PCC ini menggunakan istilah “Pemusatan Perorangan” hasil daripada kepercayaan pelopornya iaitu Carl Rogers terhadap individu dan keperluan melihat manusia dari sudut pandan...