Posts

Showing posts from April, 2014

TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN MREALISASIKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

PENGENALAN Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling pent...

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Visi, Misi Dan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Visi Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik, kondusif dan efektif dari aspek fikiran, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menjelang tahun 2010. Untuk merealisasikan visi ini, pihak sekolah akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:  Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.  Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.  Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.  Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.  Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.  Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar. Misi Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan...