Posts

Showing posts from 2013

Coretan Temuduga IPG

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang apa yang saya alami semasa menghadapi temuduga  IPG. Saya lebih suka berkongsi daripada memberi kerana berkongsi kita boleh bertukar-tukar pengalaman, pendapat atau idea sesama sendiri. Biar saya mulakan coretan ini dengan memperingatkan kepada anda bahawa temuduga pada tahun ini (2013) adalah berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. apa bezanya?  bezanya ialah tahun lalu ada tiga sesi yang calon kena hadapi iaitu yang pertama ujian insak, yang kedua temuduga berkumpulan dan yang terakhir temuduga individu manakala tahun ini sesi temuduga individu adalah tidak dilakukan oleh panel seperti tahun-tahun yang sebelum ni. saya pun tak tahu kenapa o.O.  SEBELUM HARI TEMUDUGA Anda diingatkan supaya datang seawal 30 minit sebelum masa yang diberikan untuk memastikan keselesaan suasana dan keadaan lokasi temuduga. pastikan anda ambil tahu tentang isu-isu pendidikan, organisasi KPM dan hal-hal yang berkaitan pendidikan...